01.01.2019 | Vizione Officially Partner of Football Association of Selangor

///01.01.2019 | Vizione Officially Partner of Football Association of Selangor

1.1.2019 | Vizione Officially Partner of Football Association of Selangor

Penaja Rasmi FA Selangor 2019: Vizione Holdings Berhad

Sebagai salah satu daripada usaha transformasi di bawah kepimpinan Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, dapat dilihat kerjasama dan sokongan daripada sektor korporat yang diterima FA Selangor semakin memberansangkan.

Pembangunan yang berlaku di dalam FAS dengan sokongan rakan penaja merangkumi operasi yang melibatkan skuad utama Liga Super, skuad Piala Presiden, Piala Belia,  Pasukan Wanita dan pasukan Futsal.

Selepas baru-baru ini mengumumkan penaja kit, rakan penaja terbaru FA Selangor bagi tahun 2019 yang menyertai visi dan misi baru ini adalah Vizione Holdings Berhad (Vizione ataupun Kumpulan Vizione). Sebagai syarikat kejuruteraan pembinaan bersepadu sepenuhnya, Vizione adalah satu syarikat yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia dengan modal pasaran sekitar RM 500 juta pada akhir 2018.

Vizione adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan awam, termasuk pembinaan infrastuktur, pembangunan hartanah, perumahan dan pembinaan bangunan serbaguna. Berbekalkan tenaga kerja yang berdedikasi, aset yang komprehensif, serta kebolehan pengurusan projek yang tersusun, projek di bawah payung Vizione melebarkan sayap dari Sabah hingga ke Kedah dengan lebih 20 projek pembangunan dalam satu masa. Pada akhir 2018 sahaja, Vizione telah menerima pratempahan bernilai RM 3.3 bilion di dalam akaun mereka.

Antara 3 bahagian utama yang disediakan oleh Vizione adalah;

PEMBINAAN BANGUNAN

Vizione Group adalah syarikat pembinaan bersepadu dengan keupayaan tinggi dalam kejuruteraan awam dan pembinaan hartanah, pembangunan kediaman penggunaan dan campuran. Ianya melibatkan projek-projek perumahan yang berurutan dari pembinaan perumahan yang mampu dimiliki kepada kondominium mewah.

PEMBINAAN INFRASTRUKTUR

Strategi gerak kerja jangka panjang Vizione Group mampu memperluaskan aliran hasil infrastrukturnya, mengukuhkan margin keuntungan dan memanfaatkan peluang pelaburan yang semakin meningkat. Kedudukannya yang strategik mampu membuka ruang yang lebih luas untuk mereka melabur ke segmen pembinaan lain dan membantu dalam memulakan aliran hasil yang berbeza.

PEMBANGUNAN HARTANAH

Vizione Group, terdiri daripada pasukan yang berpengalaman dalam bidang profesional dan berpengalaman memegang jawatan penting, menyediakan pelbagai pembangunan hartanah dan perkhidmatan pembinaan kepada sektor awam dan swasta melalui perkongsian khusus dan hubungan, menambah nilai melalui wawasan dan strategi yang berkesan.

Kerjasama Vizione akan menyaksikan sokongan kepada FA Selangor dari segi penajaan kewangan dan juga penambahbaikan pembangunan infrastruktur untuk kemudahan latihan dan juga peningkatan Stadium Shah Alam. Penajaan ini juga akan melihat logo Vizione muncul di belakang jersi pasukan pemain Selangor dan juga pelbagai aplikasi penjenamaan lain melalui platform komunikasi digital pasukan.

Dato’ Ng Aun Hooi, Pengarah Urusan, Vizione Holdings Berhad: “Vizione Holdings Berhad sangat teruja dapat menjalin kerjasama dengan FA Selangor, sebuah pasukan yang kaya dengan kejayaan dan sejarah bola sepak di negara ini. Kami juga berharap untuk kejayaan masa depan pasukan ini di bawah kepimpinan DYTM Tengku Amir, Raja Muda Selangor dan pasukan pengurusannya serta barisan pemain “

Dr. Johan Kamal Hamidon, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor juga berterima kasih kepada pihak Vizione melalui ucapannya, “FAS dengan sukacitanya mengalu-alukan Vizione Holdings Berhad kepada keluarga Red Giants dan kami sangat bersyukur di atas sokongan dan keyakinan Vizione untuk menjadi rakan penaja kami demi masa depan bola sepak Selangor. Kami berharap melalui kerjasama ini, lebih banyak syarikat akan tampil sebagai rakan penaja kepada FA Selangor.”

– https://redgiants.faselangor.my/vizione/

2019-09-20T08:55:50+08:00